Skip to main content

Sejarah Penubuhan

Pusat Perniagaan dan Keusahawanan (CBER), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia ditubuhkan secara rasmi pada 19 Februari 2013. Penubuhan Pusat ini adalah hasil gabungan Pusat Keusahawanan di Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan (FPTP) yang telah ditubuhkan pada 15 Januari 2011 dan Pusat Teknousahawan di bawah Pusat Pembangunan dan Pengembangan Pelajar (P3P).
 
Penubuhan Pusat Perniagaan dan Keusahawanan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia juga adalah hasil dari Dasar Pembangunan Usahawan, Institusi Pengajian Tinggi (IPT), Kementeria Pengajian Tinggi yang telah diperkenalkan pada 13 April 2010.
 
Dasar ini bertujuan untuk menggalak dan memantapkan pembangunan keusahawanan di IPT bagi membolehkan aktiviti keusahawanan dapat dilaksanakan di IPT dengan lebih terancang dan holistik, khusus bagi melahirkan pelajar yang berkualiti dan mempunyai pemikiran, sifat dan nilai keusahawanan.
 
Pusat Teknousahawan Pelajar (PTP) ini berfungsi untuk MERANCANG dan MENYELARAS aktiviti keusahawan pelajar di UTHM merentasi fakulti dan kolej kediaman. Terdapat 2 jabatan di dalam pusat ini iaitu Jabatan Teknousahawan Pelajar dan Jabatan Keusahawanan Sosial Pelajar.

Terakhir Dikemaskini: 2 September 2024