Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan setinggi - tinggi syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana memberi peluang kepada kami untuk menerbitkan buku ini.
Pusat Keusahawanan Universiti ini bukan hanya sekadar sebuah bangunan, tetapi merupakan pusat kegiatan yang memupuk budaya keusahawanan di kalangan pelajar dan staf. Ia menjadi tempat di mana idea-idea cemerlang boleh berkembang, dan bakat-bakat keusahawanan boleh diasah. Saya berharap pusat ini akan menjadi tempat yang memanfaatkan setiap potensi, memupuk inovasi, dan membangunkan usahawan-usahawan masa depan yang berjaya.
Sebagai pengarah pusat ini, saya bertekad untuk menjadikan pusat ini sebagai satu tempat yang dinamik dan proaktif. Saya bersedia untuk bekerjasama dengan semua pihak – dari staf akademik hingga pelajar – untuk mengukuhkan program-program, menghasilkan acara-acara yang bermakna, dan menyediakan sokongan yang diperlukan kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk memulakan perjalanan keusahawanan mereka.