Skip to main content

SOALAN LAZIM (FAQS)


1. Bilakah Pusat Teknousahawan Pelajar ditubuhkan?
  • PTU adalah merupakan Pusat Keusahawanan yang bernaung di bawah portfolio Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) yang berperanan dalam menyelaras aktiviti keusahawanan mahasiswa di UTHM

  • 19 Februari 2024 - Ia ditubuhkan secara rasmi pada 19 Februari 2013 dengan nama Pusat Perniagaan dan Keusahawanan (CBER).
  • 1 April 2024 - Penukaran nama Pusat Perniagaan dan Keusahawanan (CBER) kepada Pusat Teknousahawan Pelajar (PTP).
  • 1 Januari 2024 - Penetapan Pusat Teknousahawan Pelajar (PTP) kepada Pusat Teknousahawan Universiti (PTU).
2. Bilakah waktu borang permohonan perlu dihantar untuk mendapatkan permohonan itu disetujui?
  • Borang permohonan hendaklah dihantar tiga puluh (30) hari bekerja sebelum aktiviti dijalankan kecuali aktiviti yang memerlukan persetujuan Naib Canselor UTHM. Sekiranya kelulusan dari Kementerian Pendidikan Malaysia atau agensi kerajaan diminta untuk mengemukakan  permohonan 3 bulan sebelum tarikh aktiviti tersebut dilaksanakan.
3. Bilakah e-sijil akan diberikan setelah mengikuti program ini?
  • Sijil penyertaan akan diberikan satu (1) atau dua (2) hari selepas tamatnya program anjuran PTU.
4. Siapakah sasaran program yang dijalankan oleh Pusat Teknousahawan Universiti?
  • Terbuka kepada warga dan pelajar UTHM yang mempunyai produk/ perkhidmatan/ perniagaan dan berminat untuk mengembangkan perniagaan serta meningkatkan ilmu dalam bidang keusahawanan khususnya.
5. Bagaimana untuk menyertai program yang dianjurkan oleh Pusat Teknousahawan Universiti?
  • Untuk semua program dan kursus yang dianjurkan oleh PTU boleh dilihat melalui media sosial PTU dan mengisi pendaftaran/ penyertaan di borang dalam talian melalui Microsoft Form yang telah disediakan.
  • Pelajar juga boleh mendapatkan maklumat melalui Penyelaras Keusahawanan Peringkat Universiti (PKPU) dan group Telegram Usahawan Pelajar.
6. Bagaimana proses permohonan dana aktiviti dijalankan?
  • Anda boleh membuat permohonan mengenai penganjuran program/ aktiviti keusahawanan pelajar melalui pautan berikut: 

         - Borang Permohonan Program/ Aktiviti Keusahawanan Pelajar.

7. Di manakah Pusat Teknousahawan Universiti berada?
  • Pusat Teknousahawan Universiti (PTU) beralamat di :
    F6-03-002A, Aras 2, Bangunan Penyelidikan F6,
    Pusat Teknousahawan Pelajar,
    Universiti Tun Hussein Onn Malaysia,
    86400, Parit Raja, Batu Pahat,
    Johor, Malaysia.
  • Lokasi di Google Maps: Pusat Teknousahawan Universiti (View Maps)
8. Siapakah yang perlu saya hubungi sekiranya terdapat pertanyaan lebih lanjut mengenai program yang akan dijalankan oleh PTU?
  • Boleh terus menghubungi Prof. Madya Dr. Maisara Othman (07-456 4890/ 010-760 4317)  atau Dr Juliana Abdul Halip (07-456 4858/ 013-222 9130) pada waktu pejabat

    ATAU

  • Emel kepada kami di This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..

MAKLUMBALAS


 Sebarang aduan dan maklum balas yang ingin disampaikan boleh melalui Sistem WeCare@UTHM 

 wecare e56c05c4