Pencari kerja atau job seeker didefinisikan sebagai pelajar yang ingin menjana pendapatan atau mencari pekerjaan. Bidang yang ditawarkan adalah terbahagi kepada dua (2) iaitu teknikal dan bukan teknikal.
Bidang teknikal adalah merangkumi separa profesional yang menggunakan kemahiran asas seperti kemahiran komputer, grafik, buletin, poster, kemahiran yang berasaskan teknologi (TVET) di dalam bidang penyejukan dan penyaman udara, kimpalan, pemesinan, pembinaan bangunan, perkhidmatan makanan, minyak dan gas, penyelengaraan sistem elektrik dan sistem automasi elektronik, automotif serta keselamatan dan kesihatan pekerjaan, bantuan pengajaran dan pembelajaran seperti pembantu pengajar dan pembimbing rakan sebaya, operasi pentadbiran seperti pengurusan personel, pengurusetiaan, menaip dan menyediakan dokumen, pengurusan rekod, pengurusan kewangan dan pengurusan fail dan lain-lain.
Bidang bukan teknikal pula terdiri daripada pelbagai khidmat umum kepada universiti seperti pengacara majlis, artis kebudayaan, duta kecil universiti, pemandu pelancong, pengiring dan seumpamanya.
Untuk mengisi maklumat anda sila ke pautan berikut