Skip to main content

Bengkel Penyelarasan Ekosistem RDiCE: Merentas Fungsi

3 - 5 Julai 2026 | Bengkel Penyelarasan Ekosistem RDiCE: Merentas Fungsi | Tenera Hotel, Bangi

Pengarah Pusat Teknousahawan Universiti (PTU), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menghadiri Bengkel Penyelarasan Ekosistem RDiCE: Merentas Fungsi yang berlangsung pada 3–5 Julai 2026 di Tenera Hotel, Bangi. Bengkel anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM) ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Profesor Dr. Azlinda Azman, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia.

Bengkel ini bertujuan menyelaras pembangunan ekosistem Research, Development, Innovation, Commercialisation and Economy (RDiCE) melalui pembangunan RDiCE Ecosystem Playbook, yang menjadi kerangka nasional bagi memperkukuh penyelidikan, inovasi, pengkomersialan, ekonomi dan pembangunan teknousahawan di institusi pendidikan tinggi.

Penyertaan Pengarah PTU UTHM mencerminkan komitmen universiti dalam memperkasa ekosistem inovasi dan teknousahawanan, mempercepat pemindahan teknologi ke pasaran, serta melahirkan lebih ramai penyelidik, pelajar dan syarikat pemula berasaskan teknologi yang mampu mencipta nilai ekonomi melalui pengkomersialan hasil penyelidikan. Hasil bengkel ini dijangka menjadi panduan strategik dalam memperkukuh pelaksanaan agenda RDiCE di UTHM, selaras dengan aspirasi Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026–2035 untuk menjadikan universiti sebagai pemacu inovasi, teknousahawanan dan pertumbuhan ekonomi negara.


Sorotan Lensa Program

    Visitor Counter

    0

    Visitor Statistics

    • Today 0
    • Yesterday 254
    • This Week 2399
    • Last Week 3870