Skip to main content

Sesi Bimbingan dan Pementoran (Genesispreneur@PTU)

4 Jun 2026 | Sesi Bimbingan dan Pementoran (Genesispreneur@PTU) | UTHM Pagoh

Telah berlangsung Sesi Bimbingan dan Pementoran Keusahawanan melibatkan dua kumpulan syarikat pelajar iaitu Tech Cube dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK) dan Kasih Biod Enterprise dari Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi (FAST) di UTHM Pagoh.

Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Genesispreneur@PTU, yang menyediakan platform khidmat nasihat, bimbingan dan pemantapan perniagaan kepada usahawan pelajar sebagai persediaan menghadapi pertandingan keusahawanan serta memperluaskan jaringan perniagaan.

Sepanjang sesi berlangsung, para pelajar telah memperoleh panduan secara langsung daripada Pengarah Pusat Teknousahawan Universiti (PTU), Nazirah Mohamad Abdullah yang berkongsi pengalaman, pandangan strategik serta cadangan penambahbaikan bagi memperkukuh model perniagaan dan meningkatkan daya saing syarikat pelajar.

Diharapkan sesi bimbingan ini dapat membantu para usahawan pelajar mengembangkan potensi perniagaan mereka dengan lebih mampan, inovatif dan berdaya saing selaras dengan aspirasi pembangunan ekosistem keusahawanan universiti.
...............................................................
❤️ 𝗙𝗼𝗹𝗹𝗼𝘄, 𝗟𝗶𝗸𝗲 & 𝗦𝗵𝗮𝗿𝗲 ❤️
𝗜𝗻𝘀𝘁𝗮𝗴𝗿𝗮𝗺 & 𝗙𝗕 𝗣𝗮𝗴𝗲 : 𝗽𝘁𝘂.𝘂𝘁𝗵𝗺
𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗶𝗻𝗳𝗼 𝗽𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 & 𝗮𝗸𝘁𝗶𝘃𝗶𝘁𝗶
𝗸𝗲𝘂𝘀𝗮𝗵𝗮𝘄𝗮𝗻𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗿 𝘁𝗲𝗿𝗸𝗶𝗻𝗶
..............................................................
#𝗽𝘁𝘂𝘂𝘁𝗵𝗺
#𝗛𝗘𝗣𝗔𝗨𝗧𝗛𝗠
#𝗚𝗧𝗨𝟮𝟬𝟯𝟬
#𝘂𝘁𝗵𝗺𝗷𝗼𝗵𝗼𝗿
#𝘀𝗶𝘀𝘄𝗮𝗽𝗿𝗲𝗻𝗲𝘂𝗿
𝘄𝗼𝗿𝗸𝗮𝘁𝗰𝗮𝗺𝗽𝘂𝘀
𝘀𝗼𝗰𝗶𝗮𝗹𝗲𝗻𝘁𝗿𝗲𝗽𝗿𝗲𝗻𝗲𝘂𝗿
Genesispreneur@PTU
𝗺𝗲𝗺𝗯𝗶𝗻𝗮𝗹𝗲𝗴𝗮𝘀𝗶𝘂𝘀𝗮𝗵𝗮𝘄𝗮𝗻
𝘂𝘁𝗵𝗺𝗽𝗿𝗼𝗱𝘂𝗰𝗲𝘀𝗽𝗿𝗼𝗳𝗲𝘀𝘀𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹𝘀
𝗽𝗲𝗺𝗲𝗿𝗸𝗮𝘀𝗮𝗮𝗻𝗸𝗲𝘂𝘀𝗮𝗵𝗮𝘄𝗮𝗻𝗮𝗻
𝗽𝗲𝗺𝗯𝘂𝗱𝗮𝘆𝗮𝗮𝗻𝗸𝗲𝘂𝘀𝗮𝗵𝗮𝘄𝗮𝗻𝗮𝗻


Sorotan Lensa Program

    Visitor Counter

    0

    Visitor Statistics

    • Today 0
    • Yesterday 252
    • This Week 2397
    • Last Week 3870