Skip to main content

Program Incubator Top Agropreneur 2.0

🗓️11 Januari 2026 | Program Incubator Top Agropreneur 2.0 | Bangi, Selangor |

Telah berlangsung Program Incubator Top Agropreneur 2.0 bertempat di Bangi Avenue Convention Centre. Transformasi ekonomi global yang dipacu oleh teknologi terkedepan (frontier technologies) seperti Kecerdasan Buatan (AI) dan Internet Kebendaan (Internet of Things - IoT) menuntut perubahan drastik dalam landskap pertanian negara.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) komited memastikan mahasiswa tidak ketinggalan dalam arus Revolusi Perindustrian 4.0 (IR4.0) dengan menerapkan elemen pendigitalan dalam kurikulum keusahawanan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT). Majlis Penutup telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT, YBhg. Dato’ Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian.

Penganjuran Program ‘Incubator Top Agropreneur 2.0’ dilihat sebagai platform strategik bagi melatih pelajar mengaplikasikan teknologi pintar dalam meningkatkan kecekapan sektor agromakanan. Sebanyak 22 buah produk inovasi yang dibangunkan oleh peserta Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) telah berjaya diketengahkan, meliputi penyelesaian (solution) pertanian pintar yang berpotensi dikomersialkan ke pasaran lebih luas.

Pusat Teknousahawan Universiti di kesempatan ini ingin mengucapkan setinggi tahniah dan syabas kepada pelajar yang telah mewakili UTHM dalam pertandingan ini. Semoga pelajar dapat menimba pengalaman dan meningkatklan prestasi serta manfaat melalui program ini.

Mentor:Prof. Madya Ir. Dr. Abd Kadir bin Mahamad
🔹 Senarai Pelajar Terlibat:
1. Muhammad Adli bin Ahmad Khusaini
2. Afiq Fikri Bin Mohd Yazid
3. Muqri Syazani bin Mustakim
4. Muhammad Akmar Danial bin Shariff


Sorotan Lensa Program