BizzKasih UTHM di Bootcamp UTC 3.0
14 - 17 Disember 2025 | BizzKasih UTHM di Bootcamp UTC 3.0 |
BizzKasih, pasukan pelajar UTHM, telah membentangkan projek keusahawanan sosial berasaskan produk kraftangan pelajar PPKI sempena Bootcamp University to Community (UTC) 3.0 yang berlangsung pada 14–17 Disember 2025, anjuran UPSI dengan sokongan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Program ini telah dirasmikan oleh En. Hazlan Abdul Hamid, Timbalan Setiausaha Bahagian, Bahagian Perancangan Strategik, KPT. Setiap kumpulan telah menerima dana berjumlah RM17,000, dengan tambahan RM1,000 daripada PUNB bagi menyokong pelaksanaan projek perusahaan sosial.
Sepanjang program, pelajar telah didedahkan dengan Asas Keusahawanan Sosial dan Penarafan Impak Sosial oleh INSKEN, selain perkongsian teknik penyampaian dan pembentangan yang berkesan oleh pihak PUNB.
Pada hari kedua, sesi pembentangan projek telah berlangsung dan disusuli dengan lawatan industri ke Sayur Fucuk Hasdey (Alumni Usahawan UTHM) serta Puncak Bumi Utama Sdn. Bhd., bagi memberi pendedahan secara langsung kepada ekosistem keusahawanan sebenar.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen UTHM dalam melahirkan usahawan berjiwa inklusif, berimpak sosial dan berteraskan komuniti 🌱
#BizzKasih #UTC3.0 #KeusahawananSosial #UTHM #UPSI #KPT #INSKEN #PUNB #PPKI #PTU #ImpakSosial