Skip to main content

Wacana Belia: Pemacu Transformasi Keusahawanan Koperasi

🌟 Wacana Belia: Pemacu Transformasi Keusahawanan Koperasi 🌟
6 November 2025 | Big Stage, Perpustakaan Tunku Tun Aminah, UTHM

Suasana pagi di Big Stage UTHM meriah dengan kehadiran para siswa Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dalam Program Wacana Belia: Pemacu Transformasi Keusahawanan Koperasi anjuran IKMa Zon Selatan bersama Pusat Teknousahawan UTHM dan KoSISWA UTHM Berhad.

Majlis dirasmikan oleh YB Onn Abu Bakar, Pengerusi Lembaga IKMa merangkap Ahli Parlimen Batu Pahat. Turut hadir memberi sokongan ialah YBrs. Puan Hamidah binti Mohd Jos, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) IKMa, dan Prof. Madya Sr. Dr. Nazirah binti Mohamad Abdullah, Pengarah Pusat Teknousahawan UTHM.

Program ini padat dengan pengisian menarik, antaranya perkongsian oleh Pn. Adila Hashim, Timbalan Pengarah IKMa Zon Selatan bertajuk “Keusahawanan Koperasi sebagai Alternatif Kerjaya”, serta pengalaman sebenar dunia koperasi oleh En. Mohd Hisyamudin bin Mohd Ali, Anggota Lembaga Koperasi Pekebun Kecil Batu Pahat Berhad.

Kemuncak program menampilkan forum bertajuk “Belia Berkoperasi: Peluang atau Cabaran?” bersama panel berpengalaman — En. Yusri Hj. Tarip (Pengarah IKMa Zon Selatan), En. Mahzan Noordin (Pengarah SKM Negeri Johor), dan Prof. Ts. Dr. Razali bin Hassan (Profesor Amal Ilmuan UTHM & Pengerusi Koperasi UTHM Berhad) dengan moderator Pn. Afizah Abdul Jalal. Forum berlangsung secara interaktif apabila pelajar tampil berani berkongsi pandangan dan persoalan mengenai peranan belia dalam gerakan koperasi masa kini.


Sorotan Lensa Program