Bootcamp E MOVE 2025
📍23 Julai 2025- Bengkel E-Move 2025 secara rasminya membuka tirai hari ini dengan pendaftaran seramai 30 kumpulan peserta daripada Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan ADTEC seluruh Malaysia bertempat di Dewan Sultan Ibrahim, UTHM.
Program dimulakan dengan taklimat perjalanan dan sesi ice-breaking sebelum diteruskan dengan Slot 1: Business Model Canvas (BMC) yang memberi fokus kepada pembangunan model perniagaan yang berkesan dan strategik. Peserta dilatih untuk mengenal pasti nilai produk, segmen pelanggan dan struktur kos secara sistematik.
Para peserta menunjukkan semangat dan komitmen tinggi sejak awal program. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan hari pertama ini.
📍24 Julai 2025 - Hari kedua Bengkel E-Move 2025 berlangsung dengan pengisian yang lebih intensif dan padat, bermula dengan Slot 2: TRIZ, iaitu kaedah sistematik dalam penyelesaian masalah dan penciptaan inovasi teknikal.
Program diteruskan dengan Slot 4: Bengkel E-Move (Teknikal) yang menekankan aspek teknikal pembangunan projek inovatif. Peserta diberi pendedahan menyeluruh berkaitan rekabentuk teknikal, simulasi, dan kefungsian produk.
Latihan dijalankan secara menyeluruh menggambarkan komitmen tinggi setiap kumpulan dalam memantapkan idea masing-masing sebelum pembentangan akhir keesokan hari.
📍 25 Julai 2025 - Dewan Banquet, Dewan Sultan Ibrahim, UTHM
Telah berlangsung Majlis Perasmian dan Penutup Bootcamp EMOVE 2025 yang dirasmikan oleh Yang Berbahagia Prof. Ts. Dr. Abdul Rasid bin Abdul Razzaq, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni). Turut hadir sama pengarah Pusat Teknousahawan Universiti, Prof. Madya Sr. Dr. Nazirah Mohamad Abdullah, pengarah program, Ts. Dr. Ahmad Fateh Mohamad Nor dan pengarah - pengarah dibawah portfolio TNCHEPA.
Turut diadakan dalam slot seterusnya ialah Pembentangan Business Model Canvas (BMC) oleh para peserta serta Sesi Perkongsian Industri bersama pihak Cytron.