Skip to main content

Mesyuarat Pengurusan PTU Bil 3/ 2025

🗓️ 10 April 2025

| Mesyuarat Pengurusan PTU Bil 3/ 2025 |

Telah berlangsung Mesyuarat Pengurusan Pusat Teknousahawan Universiti Bil 3/ 2025 bertempat di Pejabat PTU. Mesyuarat ini diketuai oleh Pengarah Pusat Teknousahawan Universiti, Prof. Madya. Sr. Ts. Dr. Nazirah Mohamad Abdullah. Turut hadir sama semua staf PTU.

Di awal sesi Pengarah ada menyampaikan satu petikan hadis kepada semua staf PTU iaitu:

وَلَوْ شَاءَ رَبُّكَ لَجَعَلَ النَّاسَ أُمَّةً وَاحِدَةً ۖ وَلَا يَزَالُونَ مُخْتَلِفِينَ
اِلَّا مَنۡ رَّحِمَ رَبُّكَ‌ ؕ وَلِذٰلِكَ خَلَقَهُمۡ‌

Maksudnya:
Dan kalaulah Tuhanmu (wahai Muhammad) menghendaki, tentulah Ia menjadikan umat manusia semuanya menurut ugama yang satu. (Tetapi Ia tidak berbuat demikian) dan kerana itulah mereka terus-menerus berselisihan.

Tetapi orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanmu, (mereka bersatu di dalam ugama Allah)); dan untuk (perselisihan dan rahmat) itulah Allah menjadikan manusia. Dan dengan yang demikian sempurnalah janji Tuhanmu: "Sesungguhnya Aku akan memenuhi neraka jahannam dengan sekalian jin dan manusia (yang berdosa)".

Petikan Hadis ini dibaca dari buku sumbangan Pusat Islam uthm bertajuk “Adab Perbezaan Pendapat Dalam Islam”.
Semoga kesemua kita menjaga adab ketika melontarkan pendapat kerana setiap manusia berbeza-beza cara penerimaannya.

Secara umumnya, mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan dan membentangkan gerak kerja serta takwim perancangan PTU bagi tahun 2025. Semoga segala apa yang dirancang berjalan dengan lancar.
.
..............................................................
“𝗨𝘀𝗮𝗵𝗮𝘄𝗮𝗻 𝗞𝗮𝗺𝗽𝘂𝘀 𝗸𝗲 𝗣𝗮𝘀𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗚𝗹𝗼𝗯𝗮𝗹”
“𝗔𝗻𝗱𝗮 𝗕𝘂𝗻𝘁𝘂, 𝗣𝗧𝗨 𝗕𝗮𝗻𝘁𝘂!”
..............................................................
❤️ 𝗙𝗼𝗹𝗹𝗼𝘄, 𝗟𝗶𝗸𝗲 & 𝗦𝗵𝗮𝗿𝗲 ❤️
𝗜𝗻𝘀𝘁𝗮𝗴𝗿𝗮𝗺 & 𝗙𝗕 𝗣𝗮𝗴𝗲 : 𝗽𝘁𝘂.𝘂𝘁𝗵𝗺
𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗶𝗻𝗳𝗼 𝗽𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 & 𝗮𝗸𝘁𝗶𝘃𝗶𝘁𝗶
𝗸𝗲𝘂𝘀𝗮𝗵𝗮𝘄𝗮𝗻𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗿 𝘁𝗲𝗿𝗸𝗶𝗻𝗶
..............................................................
#𝗽𝘁𝘂𝘂𝘁𝗵𝗺
#𝗚𝗧𝗨𝟮𝟬𝟯𝟬
#𝘂𝘁𝗵𝗺𝗷𝗼𝗵𝗼𝗿
#𝘀𝗶𝘀𝘄𝗮𝗽𝗿𝗲𝗻𝗲𝘂𝗿
#𝘄𝗼𝗿𝗸𝗮𝘁𝗰𝗮𝗺𝗽𝘂𝘀
#𝘀𝗼𝗰𝗶𝗮𝗹𝗲𝗻𝘁𝗿𝗲𝗽𝗿𝗲𝗻𝗲𝘂𝗿
#𝗺𝗲𝗺𝗯𝗶𝗻𝗮𝗹𝗲𝗴𝗮𝘀𝗶𝘂𝘀𝗮𝗵𝗮𝘄𝗮𝗻
#𝘂𝘁𝗵𝗺𝗽𝗿𝗼𝗱𝘂𝗰𝗲𝘀𝗽𝗿𝗼𝗳𝗲𝘀𝘀𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹𝘀
#𝗽𝗲𝗺𝗲𝗿𝗸𝗮𝘀𝗮𝗮𝗻𝗸𝗲𝘂𝘀𝗮𝗵𝗮𝘄𝗮𝗻𝗮𝗻
#𝗽𝗲𝗺𝗯𝘂𝗱𝗮𝘆𝗮𝗮𝗻𝗸𝗲𝘂𝘀𝗮𝗵𝗮𝘄𝗮𝗻𝗮𝗻


Sorotan Lensa Program