Majlis Citra Keusahawanan (MCK@UTHM) 2024
24 Februari 2025 | Majlis Citra Keusahawanan (MCK@UTHM) 2024
π Bilik Banquet, Dewan Sultan Ibrahim, UTHM
Pusat Teknousahawanan Universiti (PTU) dengan bangganya menganjurkan Majlis Citra Keusahawanan UTHM 2024, sebagai tanda penghargaan kepada seluruh warga UTHM yang telah menyumbang kepada pembangunan ekosistem keusahawanan universiti.
Majlis ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Prof. Datoβ Ir. Ts. Dr. Ruzairi Abdul Rahim, Naib Canselor UTHM, dengan kehadiran tetamu kehormat termasuk Yang Berbahagia Prof. Ts. Dr. Abdul Rasid Abdul Razzaq, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), serta Encik Naim Maslan, Pendaftar/Ketua Pegawai Operasi UTHM. Turut hadir adalah barisan kepimpinan universiti, staf PTU, ahli akademik, pelajar, serta para penerima anugerah.
Sebanyak 43 individu telah menerima sijil Professional Proficiency Certificate for Entrepreneurship Educators (PROCEED), sementara 9 kategori anugerah keusahawanan turut disampaikan:
π Syarikat Pemula Mahasiswa
π Syarikat Terbitan Mahasiswa
π Perusahaan Graduan Terbaik
π Projek Teknousahawan Terbaik
π Projek Keusahawanan Sosial Terbaik
π Projek Siswa Berteknologi Terbaik
π Mentor dan Bimbingan Keusahawanan
π Penyelaras Keusahawanan Universiti Terbaik
π Kepimpinan Kelab Pelajar di Bawah PTU
Selain itu, majlis turut menyaksikan penyerahan bahan promosi PTU kepada Dekan fakulti dan Pengetua kolej kediaman sebagai satu usaha memperkukuh penyebaran maklumat berkaitan program dan inisiatif keusahawanan universiti.
Diharapkan majlis ini dapat terus menyemarakkan budaya keusahawanan dalam kalangan mahasiswa dan memperkukuhkan peranan UTHM sebagai pusat kecemerlangan keusahawanan di Malaysia.