Skip to main content

Mesyuarat Pengurusan Pusat Teknousahawan Universiti Bil 1/ 2025

🗓️ 27 Januari 2025

| Mesyuarat Pengurusan Pusat Teknousahawan Universiti Bil 1/ 2025 |

Telah berlangsung Mesyuarat Pengurusan Pusat Teknousahawan Universiti Bil 1/ 2025 yang diketuai oleh Pengarah Pusat Teknousahawan Universiti, Prof. Madya. Sr. Ts. Dr. Nazirah Mohamad Abdullah bertempat di Bilik Mesyuarat PTU. Mesyuarat ini dihadiri oleh semua staf PTU. Secara umumnya, mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan dan membentangkan gerak kerja serta perancangan PTU bagi tahun 2025.

Pengarah menekankan pendekatan Transformasi SPEED melalui amanat YB Naib Canselor, Prof. Dato Ir. Ts. Dr. Ruzairi Abd Rahim sebagai asas utama bagi pembangunan strategi pengurusan PTU 2025, dengan memberi penekanan kepada:

1. Strategik: Berani menongkah arus dan cabaran dalam segala pengurusan dan pelaksanaan yang telah ditetapkan.
2. Proaktif: Mengutamakan kelajuan dalam setiap tindakan bagi mencapai mutu kerja yang berkualiti.
3. Efisien: Menggunakan platform digital bagi pengumpulan data dan analitik yang lebih sistematik.
4. Pemerkasaan: Mencipta kreativiti dan kolaborasi di peringkat Antarabangsa.
5. Dinamik: Memperkasakan bakat generasi muda yang dinamik terutamanya dalam kalangan pelajar UTHM.

Turut berlangsung penyampaian Anugerah Pekerja Terbaik Bulanan yang telah diperkenalkan mulai tahun 2025 sebagai salah satu bentuk apresiasi kepada staf yang cemerlang bagi setiap bulan. Bagi anugerah bulan Januari, penerima pertama adalah Cik Nurlia Asyikin Arbai atas sumbangan beliau dalam menguruskan dan mengendalikan hebahan promosi serta pemasaran digital bagi Pusat Teknousahawan Universiti melaui platform digital.

Diharapkan dengan adanya anugerah seperti ini dapat menyuntik semangat setiap staf untuk menghasilkan mutu serta kualitu kerja yang lebih berkesan.
.
..............................................................
❤️ Follow, Like & Share ❤️
Instagram & FB Page : ptu.uthm
untuk info program & aktiviti
keusahawanan pelajar terkini
..............................................................
#ptuuthm
#GTU2030
#uthmjohor
#siswapreneur
#workatcampus
#socialentrepreneur
#membinalegasiusahawan
#uthmproducesprofessionals
#pemerkasaankeusahawanan
#pembudayaankeusahawanan


Sorotan Lensa Program