Mesyuarat Perbincangan bersama Pusat Teknousahawan Universiti (PTU)
🗓️ 21 Januari 2025
MESYUARAT PERBINCANGAN RUANG BERSAMA PUSAT TEKNOUSAHAWAN UNIVERSITI (PTU)
Telah berlangsung Mesyuarat Perbincangan bersama Pusat Teknousahawan Universiti (PTU) bertempat di Pejabat PTU anjuran Johor Business School (JBS). Mesyuarat ini diketuai oleh Prof. Dr. Abd Rahman bin Ahamd, Dekan JBS.
Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan pengurusan ruang bersama bagi kedua - dua PTJ bagi mewujudkan serta memastikan kelancaran dan keselesaan persekitaran pekerjaan yang kondusif. Selain itu, perbincangan turut merangkumi aspek penyelarasan penggunaan kemudahan, pengagihan tanggungjawab dalam penyelenggaraan ruang, serta pelaksanaan garis panduan yang dapat memastikan semua pihak memanfaatkan ruang tersebut secara efisien.
Cadangan mengenai penambahbaikan infrastruktur, integrasi teknologi terkini, dan strategi pengoptimuman ruang untuk aktiviti keusahawanan juga dibentangkan dalam mesyuarat ini. Keutamaan diberikan kepada penciptaan suasana kolaboratif yang dapat mendorong inovasi, kreativiti, dan produktiviti di kalangan pelajar, pensyarah, serta kakitangan yang terlibat.
Hasil perbincangan ini diharapkan mampu memberikan impak positif kepada pembangunan keusahawanan dan menyokong visi universiti sebagai hab inovasi yang dinamik.
.
..............................................................
❤️ Follow, Like & Share ❤️
Instagram & FB Page : ptu.uthm
untuk info program & aktiviti
keusahawanan pelajar terkini
..............................................................
#ptuuthm
#GTU2030
#uthmjohor
#siswapreneur
#workatcampus
#socialentrepreneur
#membinalegasiusahawan
#uthmproducesprofessionals
#pemerkasaankeusahawanan
#pembudayaankeusahawanan