Skip to main content

Lawatan ke Pusat Teknousahawan Universiti dan Inkubator Fakulti, Innocube (FKEE) oleh Delegasi Keusahawanan daripada Universiti Malaysia Pahang Al - Sultan Abdullah (UMPSA)

🗓️ 13 Januari 2025

Telah berlangsung sesi Lawatan ke Pusat Teknousahawan Universiti dan Inkubator Fakulti, Innocube (FKEE) oleh Delegasi Keusahawanan daripada Universiti Malaysia Pahang Al - Sultan Abdullah (UMPSA) iaitu:

1. Ts. Dr. Syed Radzi bin Rahamdulla (Timbalan Dekan Akademik dan Hal Ehwal Pelajar)
2. Dr. Rusnifaezah binti Musa (Ketua Program (Keusahawanan)

Sesi ini disantuni oleh Prof. Madya Dr. Maisara binti Othman (Ketua Jabatan Keusahawanan Sosial Pelajar) dan Prof. Madya Ir. Dr. Herdawatie binti Abdul Kadir (Mentor dan Penasihat Inkubator Innocube).

Lawatan ini bertujuan untuk meneroka potensi kerjasama strategik dalam memperkasa pembangunan keusahawanan di kalangan pelajar universiti.

Delegasi UMPSA telah diberi peluang untuk meninjau pelbagai fasiliti, teknologi, dan inisiatif keusahawanan yang dijalankan di Innocube, termasuk program sokongan untuk pelajar, projek inovasi, serta pendekatan unik dalam membangun usahawan muda yang berdaya saing.

Melalui perbincangan yang produktif, kedua-dua pihak turut berkongsi pengalaman, strategi, dan visi dalam membentuk ekosistem keusahawanan yang lestari dan inovatif.

.
..............................................................
❤️ Follow, Like & Share ❤️
Instagram & FB Page : ptu.uthm
untuk info program & aktiviti
keusahawanan pelajar terkini
..............................................................
#ptuuthm
#GTU2030
#uthmjohor
#siswapreneur
#workatcampus
#socialentrepreneur
#membinalegasiusahawan
#uthmproducesprofessionals
#pemerkasaankeusahawanan
#pembudayaankeusahawanan


Sorotan Lensa Program