Majlis Penutupan Program Incubator Top Agropreneur 2023
🗓️ 24 Oktober 2024
| Majlis Penutupan Program Incubator Top Agropreneur 2023 |
Telah berlangsung Majlis Penutupan Program Incubator Top Agrropreneur 2023 bertempat di Hotel Dorsett, Putrajaya. Majlis ini telah disempurnakan oleh YBrs Puan Fazidah Mustafa, Setiausaha Bahagian, Bahagian Perancangan Strategik, Kementerian Pendidikan Tinggi.
Majlis penutup program Incubator Top Agrepreneur telah menyatukan lima universiti awam iaitu Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Program ini bertujuan memupuk perkongsian ilmu dan pengalaman dalam bidang keusahawanan pertanian, dengan matlamat melahirkan graduan yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, tetapi juga mampu bersaing dalam industri pertanian moden.
Melalui Pusat Teknousahawan Universiti, UTHM telah menghantar beberapa wakil pelajar yang berbakat untuk menyertai pertandingan ini. Pelajar-pelajar tersebut telah berjaya mempamerkan idea-idea inovatif dalam bidang keusahawanan pertanian, berfokus pada teknologi moden dan kelestarian sektor agroindustri. Sebagai pengiktirafan atas usaha dan penyertaan mereka, wakil pelajar UTHM telah menerima hadiah saguhati bernilai RM500, yang menjadi tanda penghargaan terhadap sumbangan mereka dalam mempromosikan inovasi dalam sektor pertanian.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada pelajar dan mentornya.
.
..............................................................
❤ Follow, Like & Share ❤
Instagram & FB Page : ptu.uthm
untuk info program & aktiviti
keusahawanan pelajar terkini
..............................................................
.
#ptuuthm
#HEPAUTHM
#GTU2030
#uthmjohor
#siswapreneur
#workatcampus
#socialentrepreneur
#membinalegasiusahawan
#uthmproducesprofessionals
#pemerkasaankeusahawanan
#pembudayaankeusahawanan
#globaltechnopreneuruniversity
#pusatteknousahawanuniversiti