Skip to main content

Majlis Penutup Program Digital Innovation Creativepreneur 2.0 (DICE 2.0)

DICE 2.0 MELESTARIKAN BAKAT KEUSAHAWANAN PELAJAR IPT DALAM BIDANG KANDUNGAN DIGITAL KREATIF

🗓️19 Ogos 2024 | Nilai Youth City, Nilai. Negeri Sembilan -

Telah berlangsung Majlis Penutup Program Digital Innovation Creativepreneur 2.0 (DICE 2.0) anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi dengan Kerjasama Pusat Kerjaya, Teknousahawan dan Jaringan Pintar (PaKaT), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Seramai 250 peserta terdiri daripada pelajar dan pensyarah daripada 23 IPT dalam dan luar negara telah turut serta dalam penghasilan 48 projek kandungan digital kreatif yang terdiri daripada kategori animasi, filem pendek, aplikasi augmented reality (AR), aplikasi virtual reality (VR) dan aplikasi permainan digital.

Majlis penutup dan pameran DICE 2.0 telah dirasmikan oleh YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Setiausaha Dasar KPT, YBrs. Puan Fazidah Mustafa, Setiausaha Bahagian Perancangan Strategik KPT dan diiringi oleh barisan pengurusan tertinggi IPTA, IPTS dan Kolej Komuniti.

Terima kasih juga diucapkan kepada Prof. Ir. Dr. Md Saidin Wahab yang mewakili Naib Canselor UTHM dan Sr. Ts. Dr. Nazirah Mohamad Abdullah yang mewakili Pengarah PTU Dr Nasuha bin Sa’ude di atas kesudian menghadiri Majlis Penutup Program Digital Innovation Creativepreneur (DICE 2.0).

Tahniah dan syabas kepada peserta UTHM yang berjaya mencapai kejayaan dalam pertandingan tersebut.

📌ASPEC PRODUCTION
Mentor : Encik Mohd Firdaus Mohd Herrow dan Encik Mokhtar bin Yahya
Pelajar :
1. NUR MUHD HIDAYAT KHAN BIN SAKHIR SULTAN
2. NURZUHAYRA FILZAH BINTI MOHAMMAD ABDUL JALIL
3. DANIAL SAFIY BIN SUJUD
4. MARSYA BINTI HUSSAIRILAMJAN

🏆Anugerah Utama : Animasi RM5000
🏆Anugerah Khas : Animasi RM2500
🏆Anugerah Booth Paling Popular
🏆Pingat Emas : Animasi

📌VR ENTHUSIAST
Mentor : Dr Che Samihah Che Dalim
Pelajar :
1. SAIFUL BIN JUMA’AT
2. MUHAMMAD ZAHIR BIN SUBAKHIR
3. MUHAMMAD ASYRAAF SYAHMI BIN ROSMAWEE
4. IDLAN NAIM BIN NOR IZUDDIN

🏆Pingat Perak : AR/VR

Semoga kejayaan ini dapat memberi sumber inspirasi dan suntikan semangat kepada pelajar - pelajar yang lain❤️


Sorotan Lensa Program