Skip to main content

Booth Pameran & Majlis Perasmian RAKYATpreneur dan Bank Rakyat Unipreneur

🗓️ 22 - 23 Julai 2024

Booth Pameran & Majlis Perasmian RAKYATpreneur dan Bank Rakyat Unipreneur

Sukacita dimaklumkan bahawa Bank Rakyattelah menganjurkan Program RAKYATpreneur dan Bank Rakyat UNipreneur 2024 bertempat di Dewan Tun Abdul Razak (DTAR), Menara Kembar Bank Rakyat, Kula Lumpur. Majlis telah dirasmikan oleh YB Dato’ Ramanan Ramakrishnan, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).

Program ini merupakan inisiatif kewangan sosial bagi membantu usahawan asnaf yang berpotensi membangun dan mengembangkan perniagaan mereka supaya setara dengan pasaran sedia ada. Program Bank Rakyat UNipreneur 4.0 pada tahun ini melibatkan 500 orang usahawan mahasiswa berpotensi daripada 20 institusi pengajian tinggi (IPT) yang terpilih.

UTHM melalui Pusat Teknousahawan Universiti juga telah menghantar wakil peserta Bank Rakyat Unipreneur iaitu AHSZ Enterprise untuk membuat pameran dan jualan mengenai produk mereka dan ini juga dapat memberikan mereka lebih pengalaman dalam dunia perniagaan.
.
..............................................................
❤ Follow, Like & Share ❤
Instagram & FB Page : ptu.uthm
untuk info program & aktiviti
keusahawanan pelajar terkini
..............................................................
.
#ptuuthm
#HEPAUTHM
#GTU2030
#uthmjohor
#siswapreneur
#workatcampus
#socialentrepreneur
#membinalegasiusahawan
#uthmproducesprofessionals
#pemerkasaankeusahawanan
#pembudayaankeusahawanan
#globaltechnopreneuruniversity
#pusatteknousahawanuniversiti


Sorotan Lensa Program