Pembincangan berkenaan Inkubator Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Bina (FKAAB)
🗓️ 22 Julai 2024
Pembincangan berkenaan Inkubator Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Bina (FKAAB)
Telah berlangsung sesi perbincangan berkenaan Inkubator Keusahawanan (FKAAB B-Richpreneur Cube, BRC) dan FKAAB 4R Station (Rich, Read, Relax & Recharge Station). Perbincangan ini bertujuan untuk merangka gerak kerja bagi penubuhan inkubator keusahawanan ini di masa akan datang.
FKAAB B-Richpreneur Cube (BRC) adalah untuk menempatkan para peserta inkubator keusahawanan FKAAB. Ruang ini akan berfungsi sebagai pejabat atau ruang kerja pentadbiran, perkhidmatan, penghasilan karya dan pembangunan produk bagi syarikat perniagaan yang ditubuhkan oleh pelajar.
FKAAB 4R Station (Rich, Read, Relax & Recharge Station) merupakan ruang niaga untuk menggalak dan menyuburkan aktiviti keusahawanan di kalangan pelajar FKAAB, di samping berfungsi sebagai ruang rehat dan santai. Ruang ini juga akan berfungsi sebagai Sudut Kerjaya di mana sebuah televisyen sumbangan Pusat Kemajuan Kerjaya dan Alumni (PKKA) telah ditempatkan untuk menyalurkan maklumat kepada pelajar berkaitan program-program meningkatkan peluang kerjaya dan kebolehpasaran.
Semoga apa yang dibincangkan dan direncanakan akan berjalan lancar dan semoga usaha ini dapat membantu bagi menyokong ekosistem keusahawanan di dalam kampus yang baik untuk membangunkan keupayaan teknopreneur di kalangan pelajar pada masa akan datang.
.
..............................................................
❤ Follow, Like & Share ❤
Instagram & FB Page : ptu.uthm
untuk info program & aktiviti
keusahawanan pelajar terkini
..............................................................
.
#ptuuthm
#HEPAUTHM
#GTU2030
#uthmjohor
#siswapreneur
#workatcampus
#socialentrepreneur
#membinalegasiusahawan
#uthmproducesprofessionals
#pemerkasaankeusahawanan
#pembudayaankeusahawanan
#globaltechnopreneuruniversity
#pusatteknousahawanuniversiti