PTU TRAINING SERIES 5/2024: Teknik Promosi dalam Perniagaan
Telah berlangsung program PTU Training Series 5/2024 secara dalam talian melalui Microsoft Team. Program ini merupakan siri latihan keusahawanan yang diadakan secara tahunan oleh Pusat Teknousahawan Universiti (PTU). Pelbagai topik keusahawanan yang akan dibincangkan dalam siri ini.
Bagi siri kelima program ini, seramai hampir 40 orang pelajar telah mengikuti program dengan topik “Teknik Promosi dalam Perniagaan”. Topik ini membincangkan strategi dan kaedah yang digunakan oleh perniagaan untuk memperkenalkan, memasarkan, dan menjual produk atau perkhidmatan mereka kepada pelanggan sasaran. Teknik-teknik ini adalah penting untuk meningkatkan kesedaran, minat, dan akhirnya, jualan. Menggabungkan teknik-teknik ini secara strategik dapat membantu perniagaan mencapai target pasaean yang lebih luas, meningkatkan kesedaran jenama, dan akhirnya meningkatkan jualan dan keuntungan.
Terima kasih diucapakan kepada Saudara Muhammad Nazmi Ramli (Alumni Usahawan Pelajar UTHM) selaku penceramah undangan bagi siri kelima ini dengan perkongsian yang sangat bermanfaat. Terima kasih juga kepada pelajar - pelajar yang sudi mengikuti sesi kita pada kali ini.
Jumpa anda lagi pada siri akan datang🥰
.
..............................................................
❤ Follow, Like & Share ❤
Instagram & FB Page : ptu.uthm
untuk info program & aktiviti
keusahawanan pelajar terkini
..............................................................
.
#ptuuthm
#HEPAUTHM
#GTU2030
#uthmjohor
#siswapreneur
#workatcampus
#socialentrepreneur
#membinalegasiusahawan
#uthmproducesprofessionals
#pemerkasaankeusahawanan
#pembudayaankeusahawanan
#globaltechnopreneuruniversity
#pusatteknousahawanuniversiti
Sorotan Lensa Program
Terakhir dikemaskini: 3 Julai 2024, Rabu