Lawatan Penanda Aras ke National University of Singapore (NUS) Enterprise, Singapore
Telah berlangsung sesi lawatan penanda aras di NUS Enterprise pada 31 Mei 2024 rentetan jemputan daripada Kelab Social Impact Catalyst, NUS (terdahulu dikenali sebagai Kelab Enactus). Seramai 14 orang pelajar telah mengikuti sesi ini yang terdiri daripada ahli - ahli kelab Enactus dan lima syarikat pelajar, iaitu Techtron Research Solution, Three D Lab, Attribot Technology, Codeliver, dan Jands & Co. Lawatan ini telah diketuai oleh Dr Juliana Abdul Halip, Ketua Jabatan Teknousahawan Pelajar dan diiringin oleh Puan Nur Nabihah Annuar.
Delegasi ini telah diberi taklimat daripada Cik Xena, Pengurus The Hangar, dan delegasi UTHM telah membentangkan perkongsian berkenaan UTHM, Enactus dan setiap syarikat pelajar telah berkongsi berkenaan syarikat mereka bersama tiga syarikat pelajar daripada NUS Enterprise. Delegasi telah dibawa melawat ke 2 pusat incubator keusahawanan iaitu di The Hangar dan Block71, NUS. Lawatan incubator ini dapat memberikan idea pelaksanaan incubator di UTHM. Selain berkongsi pengalaman bersama kelab pelajar dan syarikat pelajar, lawatan ini sekaligus dapat mendapatkan idea perlaksanaan di NUS.
Semoga dengan adanya sesi lawatan ini, sedikit sebanyak dapat memberikan pendedahan serta ilmu pengetahuan baru kepada UTHM dan juga pelajar - pelajar untuk manfaat masa hadapan. In Sha Allah🥰
.
..............................................................
❤ Follow, Like & Share ❤
Instagram & FB Page : ptu.uthm
untuk info program & aktiviti
keusahawanan pelajar terkini
..............................................................
.
#ptuuthm
#HEPAUTHM
#GTU2030
#uthmjohor
#siswapreneur
#enactusuthm
#workatcampus
#socialentrepreneur
#membinalegasiusahawan
#uthmproducesprofessionals
#pemerkasaankeusahawanan
#pembudayaankeusahawanan
#globaltechnopreneuruniversity
#pusatteknousahawanuniversiti
Sorotan Lensa Program
Terakhir dikemaskini: 3 Julai 2024, Rabu