Skip to main content

Sesi 2 Program Bootcamp & Pitching Green Entrepreneurship

Telah berlangsungnya sesi 2 program Bootcamp & Pitching Green Entrepreneurship secara bersemuka bertempat di Bilik Persidangan, Aras 1, Blok F6, UTHM.

Program ini dihadiri oleh Pengarah Pusat Teknousahawan Universiti, Dr. Nasuha Bin Sa'ude. Turut hadir Timbalan Pengarah dan selaku Ketua Geran ANGEL UTHM, Prof. Madya Dr. Siti Sarah binti Omar serta Dr. Juliana Binti Abdul Halip, Ketua Jabatan Teknousahawan Pelajar.

Turut hadir sama:
📌Dr. Mohd Yussni Hashim
📌Prof Madya Ir. Dr. Noor Yasmin Zainun
📌Ts. Dr. Muhammad Asyraf Hasim
📌Prof Madya Dr Shafie Mohamed Zabri
📌Pn Wan Sabariah binti Shuib (Pengasas Produk Ciera)

Untuk makluman, program ini merupakan kerjasama antara ANGEL UTHM dan Pusat Teknousahawan Universiti (PTU) dengan keterlibatan golongan ibu tunggal dan pelajar UTHM.

Program ini bertujuan untuk memberikan bimbingan dan tunjuk ajar mengenai Green Entrepreneurship bagi meningkatkan potensi perniagaan hijau dalam komuniti setempat.

Tahniah kepada para peserta yang telah berjaya memenangi pertandingan. Kepada para peserta yang tidak berjaya jangan menganggap ini sebuah kegagalan, anggaplah ini merupakan satu pemacu anda untuk terus maju kehadapan.
.
..............................................................
❤ Follow, Like & Share ❤
Instagram & FB Page : ptu.uthm
untuk info program & aktiviti
keusahawanan pelajar terkini
..............................................................
.
#ptuuthm
#GTU2030
#uthmjohor
#HEPAUTHM
#siswapreneur
#workatcampus
#socialentrepreneur
#membinalegasiusahawan
#uthmproducesprofessionals
#pemerkasaankeusahawanan
#pembudayaankeusahawanan
#globaltechnopreneuruniversity
#pusatteknousahawanuniversiti
See translation

Sorotan Lensa Program

    Terakhir dikemaskini: 3 Julai 2024, Rabu