Lawatan UnisZA ke Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
Telah berlangsung sesi lawatan UniSZA ke Pusat Teknousahawan Universiti (PTU) dan sekitar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pada 23 Mei 2024. Program ini merupakan anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dengan kerjasama PTU.
Program lawatan yang berlangsung ini adalah merupakan inisiatif anjuran Persatuan Mahasiswa Kotemporari Islam (PMKI) Universiti Sultan Zainal Abidin bagi meningkatkan keterlihatan keusahawanan di UTHM. Selain itu, Majlis Perwakilan Pelajar Teknousahawan dengan kerjasama Enactus dan Kelab Keusahawanan dan Teknologi dapat memberi pendedahan, meningkatkan kesedaran dan kefahaman tentang keusahawanan UTHM kepada Universiti luar serta dapat mempelajari aspek-aspek penting dalam lawatan ke Pusat Teknousahawan Universiti, seperti melihat tempat apa itu Maker Space, Inkubator, Agropreneur dan sebagainya. Di samping itu, pelajar juga dapat mempelajari tentang cara berkomunikasi dan berinteraksi dengan golongan muda yang berlainan umur.
Diharapkan ini dapat memberi galakkan kepada pelajar untuk meningkatkan motivasi dalam lawatan keusahawanan di UTHM, memberi pendedahan ilmu di samping menjadi inspirasi kepada pelajar universiti luar untuk berjaya dan memberi peluang kepada pelajar universiti luar untuk mengetahui teknologi
keusahawanan di UTHM serta mengukuhkan hubungan sosial antara UniSZA dan UTHM.
.
..............................................................
❤️ Follow, Like & Share ❤️
Instagram & FB Page : ptu.uthm
untuk info program & aktiviti
keusahawanan pelajar terkini
..............................................................
.
#ptuuthm
#GTU2030
#uthmjohor
#siswapreneur
#workatcampus
#socialentrepreneur
#membinalegasiusahawan
#uthmproducesprofessionals
#pemerkasaankeusahawanan
#pembudayaankeusahawanan
#globaltechnopreneuruniversity
#pusatteknousahawanuniversiti
Sorotan Lensa Program
Terakhir dikemaskini: 2 Julai 2024, Selasa