Malaysia Commercialisation Year Summit 2023
🗓️4 Ogos 2023
Telah berlangsung pada hari ini sesi Chill Pitch yang disertai oleh Syarikat Pemula Mahasiswa (AR Infinite) di Malaysia Commercialisation Year Summit 2023 di Connexion, Bangsar South. Sekumpulan pelajar yang diketuai oleh Muhammad Asyraf bin Mohd Yusof (FKMP), turut disertai oleh
Ahmad Hazly bin Ahmad Zainuddin dan
Nurul Mahirah binti Hairusyam (FSKTM). Produk pelajar yang berasaskan 'augmented realiti' membangunkan aplikasi hiasan dalaman telah mengambil hati para juri dan menerima komen yang konstruktif dalam sesi ini.
Panel juri bagi sesi Chill Pitch ini adalah terdiri dari kalangan pakar industri dan agensi kerajaan iaitu Yang Berhormat Datuk Arthur Joseph Kulup (Timbalan Menteri Sains Dan Teknologi), Dzuleira Abu Bakar (CEO Mranti), Hanif Marzuki (CEO Youth Ventures Asia), Ikhsan Adha (AVP Group Digital Transformation, RHB Banking Group) dan Dr Muzamir Mahat (UITM).
Peserta pitching yang lain terdiri daripada pelajar-pelajar dari universiti dan kolej swasta iaitu dari Multimedia University, Malaysian Science University, International Medical Universiti dan Kolej Perikanan Sultan Nazrin Muizzudin Shah.
Semoga Syarikat Pelajar UTHM telah mendapat ilmu dan komen membina daripada panel untuk meneruskan idea inovasi ini dan berjaya untuk di bawa ke pasaran.🥰
.
..............................................................
❤️ Follow, Like & Share ❤️
Instagram & FB Page : ptu.uthm
untuk info program & aktiviti
keusahawanan pelajar terkini
..............................................................
.
#ptuuthm
#GTU2030
#uthmjohor
#siswapreneur
#workatcampus
#socialentrepreneur
#membinalegasiusahawan
#uthmproducesprofessionals
#pemerkasaankeusahawanan
#pembudayaankeusahawanan
#globaltechnopreneuruniversity
#pusatteknousahawanuniversiti