Skip to main content

APEC Entrepreneurship Education Program (AEEP) 2023

"Best Innovation Awards - AEEP2023"

Program yang dianjurkan oleh Institute of APEC Collaborative Education (IACE) ini melibatkan 30 pelajar yang terdiri daripada pelajar kolej dan universiti daripada 5 ahli APEC ekonomi. Program AEEP bertujuan untuk mempertingkatkan pelajar dalam memahami APEC dan Keusahawanan Sosial serta meningkatkan kecekapan dan kemahiran individu untuk kebolehkerjaan dan kesediaan untuk start-up pada masa hadapan

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Naqibah binti Azman, pelajar PhD Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum UTHM di atas kejayaan pelajar mendapat anugerah sebagai “ The Best Innovation Awards

Mengenai produk "Mak Janda Johor"

  • Mak Janda Johor memanfaatkan kepakaran masakan dalam kalangan ibu tunggal dan memanfaatkan kemahiran mereka untuk mengubah serta mencipta peluang perniagaan yang berkembang maju. Misi utama kami adalah untuk memperkasakan ibu-ibu tunggal berbakat ini dari segi ekonomi dan memelihara warisan budaya masakan Johor khususnya.

Inspirasi Penubuhan Yoja's Back

  • Penyelesaian inovatif yang kami bangunkan untuk Yoja-Back (Mak Janda Johor) adalah untuk mewujudkan platform ekonomi mampan yang disesuaikan khusus untuk ibu tunggal.
  • Kami berhasrat untuk memperkasakan komunit ini untuk meningkatkan taraf ekonomi hidup dan mencapai kestabilan ekonomi.
  • Bagi memenuhi permintaan tinggi, bahan pemasaran perlu dihasilkan setiap hari dan kami menawarkan harga yang berpatutan berbanding membuat tempahan dengan pihak luar.

Harapan

  • Kami mensasarkan impak Mak Janda Johor dengan mengembangkan operasinya untuk mencapai keperluan pelanggan yang lebih luas dan mencari pelaburan untuk membeli aset yang boleh membantu kami meningkatkan kadar pengeluaran kami.

 


Poster Program