PTU NETWORKING SERIES
" TENTRA (MTDC) "

Networking Series PTU dan Syarikat Pemula Mahasiswa UTHM ke Technopreneur Training Academy (TENTRA) iaitu akademi latihan di bawah Malaysian Technology Development Corporation (MTDC)
Telah berlangsung Sesi Lawatan Inspirasi Inovasi anjuran Pusat Teknousahawan Universiti UTHM bersama 32 pelajar (10 Syarikat Pemula Mahasiswa) ke Technopreneur Training Academy (TENTRA), MTDC pada 19 Mei 2023, jam 10.00 pagi - 12 tengahari.
10 Syarikat Pelajar ini adalah merupakan peserta saringan Pertandingan National Micro Business Pitching peringkat UTHM yang mempunyai perniagaan dan produk inovasi yang pelbagai. Sepanjang hari ini Syarikat Pelajar telah mendapat pendedahan daripada dua usahawan berjaya di bawah bimbingan TENTRA dan berpeluang untuk berkongsi pendapat dan soalan kepada pihak yang berkenaan melalui sesi bual bicara bertempat khas studio TENTRA.
Kami di PTU mengucapkan terima kasih kerana sudi menerima kunjungan kami dan diharapkan hubungan antara dua pihak ini dapat dieratkan bagi manfaat bersama, In Sha Allah😊
..............................................................
❤ Follow, Like & Share ❤
Instagram & FB Page : ptu.uthm
untuk info program & aktiviti
keusahawanan pelajar terkini
..............................................................
#ptuuthm
#GTU2030
#uthmjohor
#siswapreneur
#workatcampus
#socialentrepreneur
#membinalegasiusahawan
#uthmproducesprofessionals
#pemerkasaankeusahawanan
#pembudayaankeusahawanan
#globaltechnopreneuruniversity
#pusatteknousahawanuniversiti










