PTU NETWORKING SERIES
" UKM - CESMED "

Networking Series PTU dan Syarikat Pemula Mahasiswa UTHM ke Pusat Pembangunan Keusahawanan & EKS (UKM-CESMED), Universiti Kebangsaan Malaysia @cesmed_official .
Telah berlangsung Sesi Lawatan Inspirasi Inovasi anjuran Pusat Teknousahawan Universiti UTHM bersama 32 pelajar (10 Syarikat Pemula Mahasiswa) ke Pusat Pembangunan Keusahawanan & EKS (UKM-CESMED) pada 18 Mei 2023, jam 8.00 - 10.00 malam.
10 Syarikat Pelajar ini adalah merupakan peserta saringan Pertandingan National Micro Business Pitching peringkat UTHM yang mempunyai perniagaan dan produk inovasi yang pelbagai. Sepanjang hari ini Syarikat Pelajar telah mendapat pendedahan daripada dua Alumni UKM yang berjaya dalam bidang keusahawan dan berpeluang untuk berkongsi pendapat dan soalan kepada pihak UKM-CESMED.
Sesi ini disantuni sendiri oleh Pengarah UKM-CESMED iaitu Prof. Madya Dr. Noor Azuddin Yakob bersama beberapa kelab pelajar di UKM. Kami di PTU mengucapkan terima kasih kerana sudi menerima kunjungan kami dan diharapkan hubungan antara dua pihak ini dapat dieratkan bagi manfaat bersama, In Sha Allah😊
..............................................................
❤ Follow, Like & Share ❤
Instagram & FB Page : ptu.uthm
untuk info program & aktiviti
keusahawanan pelajar terkini
..............................................................
#ptuuthm
#GTU2030
#uthmjohor
#siswapreneur
#workatcampus
#socialentrepreneur
#membinalegasiusahawan
#uthmproducesprofessionals
#pemerkasaankeusahawanan
#pembudayaankeusahawanan
#globaltechnopreneuruniversity
#pusatteknousahawanuniversiti










