PTU ENGAGEMENT SERIES 3/2023
Pertemuan Syarikat Pelajar dengan Syarikat S&A Bintang Sdn Bhd
Pertemuan Syarikat Pelajar dengan Syarikat S&A Bintang Sdn Bhd

🗓️ 16 Mei 2023
Telah berlangsung PTU Engagement Series 3/2023 : Pertemuan Syarikat Pelajar dengan Syarikat S&A Bintang Sdn Bhd yang diadakan di Bilik Mesyuarat Pusat Teknousahawan Universiti, Aras 2 Bangunan Penyelidikan.
Pertemuan ini dimulai dengan sesi perkenalan antara Syarikat Pelajar dan Syarikat S&A Bintang Sdn Bhd. Pertemuan ini disambut baik oleh Dr. Nasuha bin Sa’ude (Pengarah Pusat Teknousahawan Universiti), Prof Madya Dr. Siti Sarah bt Omar (Timbalan Pengarah PTU), dan Ts. Dr. Mohd Arif bin Rosli (Ketua Jabatan Keusahawanan Sosial Pelajar) dan Dr. Juliana binti Abdul Halip (Ketua Jabatan Teknousahawan Pelajar) serta staf PTU. Turut hadir, wakil dari Syarikat S&A Bintang Sdn Bhd serta wakil dari Syarikat Pelajar.
Pertemuan dua hala ini bertujuan untuk membincangkan dan mendapatkan tips tips berguna daripada pihak S&A Bintang kepada Syarikat Pelajar. Pertemuan ini juga merupakan platform terbaik bagi membolehkan Syarikat Pelajar meneroka peluang bagi mengembangkan perniagaan mereka. Pada akhir sesi program ini, jamuan makan telah dihidang bagi menjamu mereka yang hadir.
.
Semoga pertemuan ini menjadi titik awal kerjasama yang erat.
.
..............................................................
❤️ Follow, Like & Share ❤️
Instagram & FB Page : ptu.uthm
untuk info program & aktiviti
keusahawanan pelajar terkini
..............................................................
.
#ptuuthm
#GTU2030
#uthmjohor
#siswapreneur
#workatcampus
#socialentrepreneur
#membinalegasiusahawan
#uthmproducesprofessionals
#pemerkasaankeusahawanan
#pembudayaankeusahawanan
#globaltechnopreneuruniversity
#pusatteknousahawanuniversiti









