Skip to main content

PROGRAM PTU TRAINING SERIES 2/2023

🗓️ 6 April 2023

Telah berlangsung Program PTU Training Series 2/2023: Pendaftaran Syarikat, Akta & Cukai yang telah dijalankan secara atas talian menggunakan aplikasi Microsoft Team dan Facebook Live oleh Pusat Teknousahawan Universiti. Program ini disampaikan oleh Puan Norliah binti Yaakub yang merupakan seorang penasihat undang-undang UTHM.

Program ini telah melibatkan peserta yang terdiri daripada pelajar dan juga usahawan pelajar UTHM. Para peserta didedahkan dengan pematuhan undang-undang dalam perniagaan serta penjelasan mengenai kepentingan untuk mendaftar perniagaan bagi setiap perniagaan yang dijalankan. Peserta juga diperkenalkan dengan syarat-syarat dan prosedur dalam mendaftar perniagaan bagi memudahkan para peserta menguruskan perniagaan mereka menggunakan cara yang betul.

Terima kasih diucapkan kepada Puan Norliah binti Yaakub, atas kesudian berkongsi ilmu yang sangat bermanfaat, dan mudah difahami oleh para peserta yang terlibat. Terima kasih juga diucapkan kepada peserta atas kesudian menghadirkan diri. Semoga apa yang dikongsikan semasa program ini dapat memberi manfaat kepada peserta yang hadir serta dapat membuka peluang kepada usahawan pelajar khususnya.
.
..............................................................
❤️ Follow, Like & Share ❤️
Instagram & FB Page : ptu.uthm
untuk info program & aktiviti
keusahawanan pelajar terkini
..............................................................

#ptuuthm
#GTU2030
#uthmjohor
#siswapreneur
#workatcampus
#socialentrepreneur
#membinalegasiusahawan
#uthmproducesprofessionals
#pemerkasaankeusahawanan
#pembudayaankeusahawanan
#globaltechnopreneuruniversity
#pusatteknousahawanuniversiti


Sorotan Lensa Program