Skip to main content

Bengkel Pemantauan Global Technopreneur University 2030 (GTU 2030) bersama ICC dan BizDec

Mengenai Program

Telah berlangsung dengan jayanya Bengkel Pemantauan RoadMap GTU 2030 selama 3 hari 2 malam di UTM Hotel Residence, Kuala Lumpur pada 9, 10 dan 11 Jun yang lalu yang membawa gabungan PTJ dibawah seliaan YBhg. Prof Dr Shahir Shamsir yang menjadi salah satu tunggak utama dalam Pelan Strategik UTHM 2021-2025, merealisasikan strategi transformasi UTHM ke arah Global Technopreneur University 2030 (GTU2030) melalui UTHM TECHNOPRENEUR iaitu menyediakan ekosistem pembangunan teknousahawan.

Seramai 22 orang pegawai dan staf turut serta dalam bengkel ini dan masing-masing membawa semangat dan komitmen yang tinggi dalam menjayakan segala tugasan sepanjang waktu tersebut. Kami tiba di sana sekitar jam 5 petang dan bengkel membuka tirainya pada sebelah malam. Bengkel 3 hari 2 malam itu dimulakan dengan sesi perbincangan kendiri oleh setiap Pusat Tanggungjawab yang terlibat. Boleh dapat dilihat melalui bengkel ini, setiap daripada mereka sangat komited untuk meningkatkan mutu gerak kerja masing-masing dalam merealisasikan hasrat Universiti menuju Global Technopreneur University menjelang tahun 2030. Sesi berlangsung kira-kira 3 jam dan tamat pada jam 11 tengah malam.

Pihak Pusat Teknousahawan Universiti (PTU) berpeluang untuk meninjau ke dua buah Institut/Universiti untuk tujuan Lawatan Penanda Aras. Setiap Pusat Tanggungjawab yang hadir dalam bengkel ini ditugaskan untuk berbuat sedemikian bagi mendapat input penambahbaikan dalam struktur gerak kerja yang sedia ada. Dua Institut/Universiti yang menjadi pilihan PTU adalah Universiti Putra Malaysia (UPM) di Serdang, Selangor dan Uniti Asia Group (UAG) di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Dalam sesi Lawatan Penanda Aras ini, apa yang menjadi perhatian PTU ialah program-program keusahawanan yang dilaksanakan mereka dan juga bagaimana program diurus bagi menggalakkan keterlibatan pelajar. Selain itu, PTU juga ingin memahami tentang ekosistem keusahawanan pelajar, ruang inkubator dan ruang niaga pelajar.

Lawatan Penanda Aras dimulakan dengan tinjauan ke Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (CEM), UPM. Kedatangan pihak PTU disambut mesra oleh Pengarah CEM iaitu Prof. Madya. Dr. Mass Hareeza Ali bersama-sama delegasinya. Sesi dimulakan dengan sedikit pembentangan sebagai tanda pengenalan daripada pihak CEM berkenaan dengan latar belakang mereka dan bagaimana mereka menjalankan aktiviti keusahawanan pelajar di sana. Banyak input yang diperolehi terutamanya penglibatan program keusahawanan pelajar dengan komuniti. Antaranya ialah Pengarah CEM mengatakan bahawa, “Kami membentuk dan mengajar pelajar yang betul-betul berminat dalam perniagaan melalui cara menyediakan kertas kerja yang sistematik dan dihubungkan dengan komuniti/syarikat  luar untuk memberi mereka pendekatan lebih bersama komuniti untuk meningkatkan teknik keusahawanan mereka.

Timbalan Pengarah mereka, En. Ludinata Misnun pula menceritakan berkenaan dengan Koperasi Keusahawanan Siswa (KOSISWA) dimana ia dapat menjana pendapatan sampingan untuk siswa/siswi mereka. Beliau juga mengatakan sistem pengurusan jawatankuasa amat penting dalam penubuhan KOSISWA ini. “Pengerusi perlulah dilantik dalam kalangan pelajar kerana ini dapat memberi peluang kepada mereka meningkatkan teknik serta ilmu keusahawanan dalam megusahakan perniagaan mereka,” Tambah beliau lagi. Menurutnya pihak CEM turut membantu daripada segi pengurusan perniagaan dan juga kewangan supaya dapat menjamin kelancaran perniagaan yang diusahakan. Antara perniagaan yang dilakukan oleh pelajar melalui KOSISWA ini ialah, Kedai Kopi (Cafe Champ! Bike & Coffee), Travel Agency (Bas), Pakej Sewaan Bilik Seminar, Air Minuman dan Khat Kufi.

Lawatan Penanda Aras dilanjutkan ke Uniti Asia Group (UAG) pada sebelah petang bagi membincangkan kerjasama kolaborasi strategik antara kedua belah pihak. Kedatangan kami disambut mesra oleh pihak Uniti Asia Group, yang diketuai oleh Prof. Dr. Syed Omar Syed Agil, selaku Pengarah Korporat Uniti Office , En Aziz Jaafar Husain, CEO Uniti Office Sdn Bhd serta staf Uniti Office. Sesi dimulakan dengan pembentangan dari pihak UAG berkaitan dengan bidang dan rangkaian perniagaan antarabangsa di AseanMall@Pattani, perundingan, kolej, inkubator, pejabat virtual, ladang, pembinaan, yayasan, kem latihan dan juga pengurusan acara serta sesi pertukaran pendapat dan perkongsian idea. Kerjasama antara dua pihak akan diteruskan dengan surat niat dan perjanjian persefahaman kelak. Sesi diakhiri dengan lawatan ke pejabat ruang gunasama secara virtual dan lokasi bagi pengurusan acara di D'Arina Skyview.

Bengkel ini diteruskan lagi dengan pembentangan yang melibatkan ICC, BizDeC dan PTU, bertempat di UTM Hotel & Residence, KL untuk melaporkan status pencapaian semasa kepada Ahli Lembaga Pengarah Universiti (LPU) UTHM, YBrs. Puan Elain Lockman. Penglibatan LPU sangat konsisten dalam memastikan pelaksanaan GTU 2030 ini berjaya. Pelbagai isu dan solusi dibincangkan, bagi memastikan GTU 2030 ini berjalan lancar dan dicapai. Bengkel bersurai sekitar jam 12 tengah malam dan diharapkan segala usaha yang dilakukan sepanjang bengkel ini berlangsung dapat memberi manfaat kepada setiap pihak yang terlibat.


Sorotan Lensa

Upm 1

    Visitor Counter

    0

    Visitor Statistics

    • Today 0
    • Yesterday 268
    • This Week 2010
    • Last Week 3870