Program New Breed Marketing Entrepreneur (NBME) bersama FAMA
Mengenai Program
Pada 17 Mei 2022, telah berlangsungnya Program New Breed Marketing Entrepreneur (NBME) anjuran Pusat Teknousahawan Universiti (PTU) di Dewan Al- Jazari, Perpustakaan Tunku Tun Aminah, UTHM. Program ini merupakan usahama antara pihak PTU dan pihak Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bagi melahirkan jiwa keusahawanan dalam kalangan pelajar. Bagi tujuan tersebut, pihak FAMA turut menghadirkan 12 orang pegawai mereka bagi sesi perkongsian ilmu keusahawanan sepanjang program berlangsung. Seramai 82 orang pelajar telah hadir ke program tersebut dan ini merupakan salah satu peluang keemasan bagi pihak PTU untuk meningkatkan ilmu keusahawan dalam kalangan pelajar di samping menggiatkan lagi usahasama dengan pihak FAMA.
Di samping memberikan ilmu keusahawan kepada pelajar, program ini juga bertujuan untuk melahirkan usahawan baru khususnya di kalangan pelajar IPTA/IPTS melalui pendigitalan pemasaran (Dropship/egen Pemasar) produk agromakanan dan seterusnya memberi impak terutamanya kepada pelajar yang akan mempunyai perniagaan digital mereka sendiri melalui pendaftaran sebagai ejen pemasar NBME di platform Agrobazaar Online. Agrobazaar Online merupakan satu platform pemasaran maya produk pertanian dan agro-makanan yang menemukan pengeluar, pengilang, pembekal dan pengguna yang dibangunkan oleh FAMA. Ia juga mempromosikan pasaran baru dan mampan bagi produk pertanian dan agromakanan dengan mewujudkan komuniti atas talian untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat tani. Komponen utama platform ini termasuklah Latihan, Khidmat Sokongan, Platform Perdagangan, Pembangunan Komuniti, Rantaian Nilai Perniagaan Atas Talian dan Luar Talian.
Turut sama hadir dalam program ini adalah usahawan-usahawan FAMA seperti :
1. Salleh Food
2. Yat Cookies
3. Nourlie Cookies
4. Ieja Food
5. Gerai Ayam Kapten
6. Dhuha Mart
7. Ailyn Food
8. PMMF Rengit