Majlis Sambutan Hari Raya & Penyerahan Surat Niat Kolaborasi Strategik Pusat Teknousahawan Universiti (PTU)
Mengenai Program
Telah berlangsung dengan jayanya Program Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Bersama Rakan Kolaborasi Strategik Pusat Teknousahawan Universiti (PTU) pada hari Khamis, 12 Mei 2022 bersamaan 11 Syawal 1443H yang lalu.
Majlis ini diserikan dengan kehadiran YBhg. Prof. Ts. Dr. Ruzairi bin Abdul Rahim, Naib Canselor UTHM yang sudi meluangkan masa untuk hadir seterusnya merasmikan majlis ini.
Program ini turut dihadiri Prof. Dr. Mohd Shahir Shamsir Omar, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTHM, Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Kamarulzaki Mustafa, Provost UTHM Kampus Cawangan Pagoh, Pegawai-Pegawai Kanan Universiti dan wakil-wakil dari pihak industri.
Majlis ini merupakan usaha mengeratkan hubungan jalinan kerjasama di antara Pusat Teknousahawan Universiti dan rakan kolaborasi strategik khususnya agensi yang terlibat dalam bidang keusahawanan seiring dengan halatuju Universiti ke arah GTU2030.
Rakan Kolaborasi Pusat Teknousahawan Universiti (PTU)
UDA ANGSANA SDN BHD
Lembaga Pertanian, Pemasaran dan Persekutuan (FAMA)
TEKUN NASIONAL BERHAD
INSTITUT USAHAWAN NEGARA (INSKEN)