Majlis Penyerahan Surat Lantikan Penyelaras Keusahawanan
Mengenai Program
Majlis Penyampaian Pelantikan Penyelaras Keusahawanan telah berlangsung pada 21 April 2022 di Dewan Jemaah 1, Perpustakaan Tunku Tun Aminah, UTHM.
Program ini bertujuan untuk menyerahkan Surat Pelantikan Penyelaras Keusahawanan serta memberi sedikit penerangan dan garis panduan penyelaras keusahawanan peringkat universiti bagi memperkasakan gerak kerja program keusahawanan pelajar di semua Pusat Tanggungjawab di UTHM.
Semoga usaha ini akan mengeratkan lagi kerjasama antara Pusat Teknousahawan Universiti dan semua PTJ ke arah menjayakan misi mencapai tujuh Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Keusahawanan pada tahun ini.