Skip to main content

Program Celcom Siswapreneur @Google Bootcamp 2022

Mengenai Program

Program Celcom Siswapreneur @Google Bootcamp 2022 merupakan inisiatif lanjutan Celcom Axiata Berhad dengan kerjasama Google.

Inisiatif ini selaras dengan aspirasi kerajaan untuk melahirkan lebih ramai lagi usahawan dalam kalangan pelajar terutamanya usahawan yang berfokuskan inovasi dan digital yang kompetitif dan berjaya.

Kursus yang diiktiraf oleh Google, di mana peserta akan diberi pengetahuan dan pendedahan mengenai ilmu keusahawanan digital dan teknologi.

Setiap peserta yang mengikuti program ini akan diberikan e-sijil penyertaan & mata Champ. Terdapat 2 jenis penyertaan iaitu bersemuka dan hybrid. Program akan diadakan di Residensi UTMKL, Kuala Lumpur, dan penyertaan secara hybrid akan diadakan secara Youtube Live.

Pihak Google telah berkongsi 4 modul latihan yang penting seperti 'Connect and Collaborate with Google', 'Remain Competitive in The Ecommerce Space', 'Discover AI in Daily Life', dan 'How to WOW Your Interviewer?'.

Program yang dianjurkan bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Celcom Axiata Berhad dan Google akan berlangsung selama 2 hari. Majlis perasmian program tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Prof. Dr. Husaini bin Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi.

 Mengiringi beliau ialah YBrs. Encik Azmi Ujang, Ketua Pegawai Modal Insan, Celcom Axiata Berhad. Majlis penutup pula disempurnakan oleh YBrs. Encik Areehan bin Hj. Abdullah, Ketua, Tanggungjawab Korporat & Perhubugan Kerajaan, Celcom Axiata Berhad.


Sorotan Lensa Program