Mesyuarat Jawatankuasa Work@Campus Bil.5/2022
Mengenai Program
Mesyuarat Jawatankuasa Work@Campus Bil.5/2022 secara online. Mesyuarat telah dipengerusi oleh YBrs TNCPI UTHM dengan pasukan PTU bertindak sebagai sekretariat dan dihadiri oleh ahli jawatankuasa Work@Campus yang dilantik.
Objektif mesyuarat adalah untuk membincangkan perkara-perkara berbangkit seperti pengumpulan data pelajar, pemilikan ruang niaga terbuka di blok A1 UTHM Kampus Paguh serta sasaran dan penjajaran pelaksanaan inkubator / ruang niaga pelajar. Selain itu, mesyuarat ini bertujuan untuk mendapatkan kelulusan ahli jawatankuasa Work@Campus terhadap minit mesyuarat dan pelaporan penilaian pada mesyuarat yang lepas.
Terima kasih kepada semua ahli mesyuarat yang hadir dan memberi kerjasama yang baik bagi kelancaran perjalanan mesyuarat. Semoga apa yang dirancang dan dibincangkan dapat dilaksanakan dengan jayanya.