Bengkel Pemerkasaan Program Keusahawanan Pelajar
Mengenai Program
Telah berlangsung dengan jayanya Bengkel Pemerkasaan Program Keusahawanan Pelajar anjuran Pusat Teknousahawan Universiti di Bayou Lagoon Park Resort Melaka yang turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi ) iaitu Prof. Dr. Mohd Shahir Bin Omar serta kesemua penyelaras keusahawanan setiap fakulti dan wakil daripada Majlis Perwakilan Pelajar UTHM.
Terdapat pelbagai perkara yang ditekankan sepanjang bengkel berlangsung antaranya ialah model servis pelanggan, program keusahawanan, pengumpulan data keusahawanan pelajar dan sebagainya.
Diharapkan segala input yang diberikan dapat memberikan manfaat kepada semua yang hadir ke bengkel ini. Semoga hasil daripada pelaksanaan bengkel ini dapat memastikan segala perancangan berjalan dengan lancar dan jayanya.