Adakah anda berumur antara 18 hingga 45 tahun dan bercita-cita menjadi usahawan dalam sektor pertanian? Program Agropreneur Muda (PAM) kini dibuka untuk anda!
Program ini memberi peluang kepada golongan muda untuk menceburi bidang keusahawanan agro melalui aktiviti-aktiviti dalam rantaian nilai sektor pertanian. Anda berpeluang untuk memanfaatkan pengalaman serta mendapatkan Geran Agropreneur Muda Start-up bagi memulakan perjalanan keusahawanan anda!
Skop Program: ✔ Tanaman ✔ Perikanan ✔ Ternakan ✔ Industri Makanan & Asas Tani
Geran yang Ditawarkan: 1️⃣ Geran Agropreneur Muda Start-Up (18 - 43 tahun) 2️⃣ Geran Agropreneur Muda Scale-Up (21 - 45 tahun)
Syarat Am Permohonan: ✅ Warganegara Malaysia ✅ Berumur 18 hingga 45 tahun ✅ Berminat atau ingin mengembangkan perniagaan agro
Jangan lepaskan peluang ini! Jadilah sebahagian daripada generasi muda yang memacu transformasi dalam sektor pertanian dan keusahawanan.
Untuk maklumat lanjut, hubungi: 📞 Prof. Madya Dr. Maisara Othman: 07-456 4890 / 010-760 4317 📞 Cik Nurlia Asyikin Arbai: 07-456 4854 / 014-324 1434
Klik untuk mendaftar melalui QR Code pada poster atau kunjungi laman rasmi kami.🌾✨ 👉🏻https://www.kpkm.gov.my/bm/geran-dan-insentif/program-agropreneur-muda
DAN
Klik dan isi google form melalui pautan berikut setelah membuat permohonan melalui lama web rasmi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) 👉🏻https://bit.ly/ProgramAgropreneurMuda_PTU_UTHM