Lawatan Naib Canselor UTHM ke Pusat Teknousahawan Universiti

2 September 2026 | Lawatan Naib Canselor UTHM ke Pusat Teknousahawan Universiti | Pejabat Pusat Teknousahawan Universiti
Telah berlangsung sesi Lawatan Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), YBhg. Prof. Ts. Dr. Mas Fawzi bin Mohd Ali ke Pusat Teknousahawan Universiti (PTU), bertempat di Pejabat PTU.
Sesi lawatan ini telah disantuni oleh Pengarah PTU, Prof. Madya Sr. Dr. Nazirah Mohamad Abdullah, serta turut dihadiri oleh seluruh warga kerja PTU.
Lawatan ini bertujuan untuk membincangkan hala tuju serta perancangan strategik PTU dalam memperkukuh dan memperkasa ekosistem keusahawanan di UTHM, selaras dengan aspirasi universiti dalam melahirkan lebih ramai usahawan pelajar yang berdaya saing, inovatif dan berdaya tahan.
Dalam sesi tersebut, YBhg. Naib Canselor turut berkongsikan pandangan, idea dan cadangan strategik bagi memperkukuh pelaksanaan inisiatif keusahawanan serta memperluas impak PTU kepada warga UTHM.
Semoga sesi lawatan dan perkongsian ini menjadi pemangkin kepada pengukuhan ekosistem keusahawanan UTHM yang lebih dinamik, berimpak dan mampan, seiring dengan aspirasi Global Technopreneur University 2030 (GTU2030).
Bersama Membina Ekosistem, Memacu Keusahawanan, Menjana Impak
..............................................................
❤️ 𝗙𝗼𝗹𝗹𝗼𝘄, 𝗟𝗶𝗸𝗲 & 𝗦𝗵𝗮𝗿𝗲 ❤️
𝗜𝗻𝘀𝘁𝗮𝗴𝗿𝗮𝗺 & 𝗙𝗕 𝗣𝗮𝗴𝗲 : 𝗽𝘁𝘂.𝘂𝘁𝗵𝗺
𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗶𝗻𝗳𝗼 𝗽𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 & 𝗮𝗸𝘁𝗶𝘃𝗶𝘁𝗶
𝗸𝗲𝘂𝘀𝗮𝗵𝗮𝘄𝗮𝗻𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗿 𝘁𝗲𝗿𝗸𝗶𝗻𝗶
..............................................................
#𝗽𝘁𝘂𝘂𝘁𝗵𝗺
#𝗛𝗘𝗣𝗔𝗨𝗧𝗛𝗠
#𝗚𝗧𝗨𝟮𝟬𝟯𝟬
#𝘂𝘁𝗵𝗺𝗷𝗼𝗵𝗼𝗿
#𝘀𝗶𝘀𝘄𝗮𝗽𝗿𝗲𝗻𝗲𝘂𝗿
𝘄𝗼𝗿𝗸𝗮𝘁𝗰𝗮𝗺𝗽𝘂𝘀
𝘀𝗼𝗰𝗶𝗮𝗹𝗲𝗻𝘁𝗿𝗲𝗽𝗿𝗲𝗻𝗲𝘂𝗿
𝗺𝗲𝗺𝗯𝗶𝗻𝗮𝗹𝗲𝗴𝗮𝘀𝗶𝘂𝘀𝗮𝗵𝗮𝘄𝗮𝗻
𝘂𝘁𝗵𝗺𝗽𝗿𝗼𝗱𝘂𝗰𝗲𝘀𝗽𝗿𝗼𝗳𝗲𝘀𝘀𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹𝘀
𝗽𝗲𝗺𝗲𝗿𝗸𝗮𝘀𝗮𝗮𝗻𝗸𝗲𝘂𝘀𝗮𝗵𝗮𝘄𝗮𝗻𝗮𝗻
𝗽𝗲𝗺𝗯𝘂𝗱𝗮𝘆𝗮𝗮𝗻𝗸𝗲𝘂𝘀𝗮𝗵𝗮𝘄𝗮𝗻𝗮𝗻








