Lawatan Khas Ahli Lembaga Pengarah Universiti ke Pusat Teknousahawan Universiti

3 September 2026 | Lawatan Khas Ahli Lembaga Pengarah Universiti ke Pusat Teknousahawan Universiti | En. Trade Hub & Pejabat PTU
Telah berlangsung Lawatan Khas Ahli Lembaga Pengarah Universiti, YBhg. Datuk Md Jais bin Haji Sarday ke Pusat Teknousahawan Universiti (PTU) yang bertempat di En. Trade Hub dan Pejabat PTU.
Sesi lawatan ini telah disantuni oleh Pengarah PTU, Prof. Madya Sr. Dr. Nazirah Mohamad Abdullah, serta turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), YBhg. Prof. Ts. Dr. Rabiah Ahmad, Pengarah Pusat Inovasi dan Pengkomersialan (ICC), Prof. Eur Ing. Ir. Ts. Dr. Shahiron Shahidan, serta seluruh warga kerja PTU.
Lawatan ini bertujuan untuk meninjau dan membincangkan hala tuju serta perancangan strategik PTU dalam usaha memperkukuh dan memperkasa ekosistem keusahawanan di UTHM. Usaha ini selaras dengan aspirasi universiti untuk melahirkan lebih ramai usahawan pelajar yang berdaya saing, inovatif, berdaya tahan dan mampu mencipta nilai serta impak kepada masyarakat.
Dalam sesi tersebut, YBhg. Datuk Md Jais bin Haji Sarday turut berkongsikan pandangan, idea serta cadangan strategik bagi memperkukuh pelaksanaan inisiatif keusahawanan, di samping memperluas peranan dan impak PTU dalam membudayakan keusahawanan dalam kalangan warga UTHM.
Semoga sesi lawatan dan perkongsian strategik ini menjadi pemangkin kepada pengukuhan ekosistem keusahawanan UTHM yang lebih dinamik, berimpak dan mampan, seterusnya menyokong aspirasi universiti dalam merealisasikan Global Technopreneur University 2030 (GTU2030).
..............................................................
❤️ 𝗙𝗼𝗹𝗹𝗼𝘄, 𝗟𝗶𝗸𝗲 & 𝗦𝗵𝗮𝗿𝗲 ❤️
𝗜𝗻𝘀𝘁𝗮𝗴𝗿𝗮𝗺 & 𝗙𝗕 𝗣𝗮𝗴𝗲 : 𝗽𝘁𝘂.𝘂𝘁𝗵𝗺
𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗶𝗻𝗳𝗼 𝗽𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 & 𝗮𝗸𝘁𝗶𝘃𝗶𝘁𝗶
𝗸𝗲𝘂𝘀𝗮𝗵𝗮𝘄𝗮𝗻𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗿 𝘁𝗲𝗿𝗸𝗶𝗻𝗶
..............................................................
#𝗽𝘁𝘂𝘂𝘁𝗵𝗺
#𝗛𝗘𝗣𝗔𝗨𝗧𝗛𝗠
#𝗚𝗧𝗨𝟮𝟬𝟯𝟬
#𝘂𝘁𝗵𝗺𝗷𝗼𝗵𝗼𝗿
#𝘀𝗶𝘀𝘄𝗮𝗽𝗿𝗲𝗻𝗲𝘂𝗿
𝘄𝗼𝗿𝗸𝗮𝘁𝗰𝗮𝗺𝗽𝘂𝘀
𝘀𝗼𝗰𝗶𝗮𝗹𝗲𝗻𝘁𝗿𝗲𝗽𝗿𝗲𝗻𝗲𝘂𝗿
𝗺𝗲𝗺𝗯𝗶𝗻𝗮𝗹𝗲𝗴𝗮𝘀𝗶𝘂𝘀𝗮𝗵𝗮𝘄𝗮𝗻
𝘂𝘁𝗵𝗺𝗽𝗿𝗼𝗱𝘂𝗰𝗲𝘀𝗽𝗿𝗼𝗳𝗲𝘀𝘀𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹𝘀
𝗽𝗲𝗺𝗲𝗿𝗸𝗮𝘀𝗮𝗮𝗻𝗸𝗲𝘂𝘀𝗮𝗵𝗮𝘄𝗮𝗻𝗮𝗻










